Monday, October 5, 2009

Prestasi Kedah

Dalam harian metro baru2 ni..ada komen oleh jurulatih kebangsaan terhadap prestasi pasukan kedah.Dan rasanya..inilah satu komen yg agak positif dilontarkan kepada kedah...byk komen2 sebelum ni semuanya menghentam dan merendah2kan skuad kenari..mungkin kerana K.Rajagopal tahu tentang situasi pemain2 kedah dibawah kendalian beliau..dan beliau memahami kesannya ke atas kedah.sebagai penyokong setia hijau kuning..

komen ini sekurang-kurangnya melegakan perasaan sedih melihat prestasi hambar sang kenari musim ini. berikut adalah artikel yg di sebutkan :

Prestasi Kedah cetus persoalan
Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my

SELAKU juara bertahan Piala Malaysia, aksi Kedah sememangnya menjadi tumpuan dan selepas tamat pusingan pertama peringkat kumpulan, kelmarin, skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah itu sekali lagi diperkatakan.

Terikat 1-1 dengan skuad kerdil, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan pembuka tirai, 26 September lalu pantas membuatkan peminat mula tertanya-tanya mengenai kemampuan skuad Kenari itu mempertahankan gelaran.

Tiga hari selepas itu, sayap sang Kenari dipatahkan Kelantan 1-0 dan kelmarin, Kedah terus dihimpit duka apabila tumbang 0-1 di tangan Pulau Pinang dan lebih mendukacitakan, kekalahan itu di halaman sendiri.

Apa yang berlaku kepada Kedah itu turut mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, K Rajagobal yang mengakui beliau sendiri tumpang berduka selain hairan dengan tragedi yang menimpa anak didik Azraai Khor itu.


“Mungkin mereka berdepan masalah seperti kecederaan atau sebagainya. Bagi saya, apa yang berlaku kepada Kedah itu adalah petanda tidak baik kepada usaha mereka untuk mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu.

“Saya memang terkejut dengan apa yang sedang berlaku kepada skuad Kedah. Mereka mempunyai pemain yang baik tetapi secara jujur, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada mereka dan saya tidak mahu membuat sebarang andaian.

“Saya cuma berharap Kedah akan kembali bangkit untuk mengharungi pusingan kedua peringkat kumpulan kerana saingan Piala Malaysia pasti tambah menarik jika Kedah dapat turut serta hingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Kedah akan memulakan pusingan kedua peringkat kumpulan dengan menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam esok dan mereka pastinya tidak mempunyai pilihan selain perlu mula mencatat keputusan positif jika mahu terus menghulur saingan di suku akhir nanti.

Jika Kedah sedang dirundung malang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor pula bergembira apabila masing-masing mencatat tiga kemenangan pada pusingan pertama peringkat kumpulan sekali gus layak dilabel pasukan pilihan menjulang piala kebangsaan arena bola sepak negara itu musim ini.




malam ni kalau tak silap kedah akan bertemu atm di selayang...diharapkan pemain2 akan bermain sepenuh hati..