Tuesday, January 6, 2009

Aku Dan Sunyi


Dari muka pintu yang kaku

Ku halakan mataku

Memandang kesuraman alam

Yang hanya tahu membisu


Tiba-tiba kalbuku disapa

Kedengaran suara sunyi yang membingitkan telinga

Ku pejamkan mata merasai kehadirannya

Dengan bau yang tak dapat ku hidu

Dengan suara yang tak dapat kudengar

Ku pasti itulah sunyi yang akan menemaniku


Terasa janggal diri ini

Apabila berduaan dngan sunyi

Yang petah berkata-kata

Namun hanya kata hatiku yang kedengaran

Entah apa yang ditanya olehnya

Takkan ku tahu jawapannya


Ku biarkan jua sunyi itu disisi

Kerana ia juga penghuni alam ini

Yang setia dan pasti



ASFAZ

14/04/2006

3.00 a.m

No comments:

Post a Comment