Showing posts with label SPORTS. Show all posts
Showing posts with label SPORTS. Show all posts

Saturday, February 20, 2010

BORAK2 PASAL GAME KEDAH VS KELANTAN


assalamualaikum..hmm, malam ni kedah akan menentang kelantan di kota bharu dlm perlawanan timbal balik kedua piala fa.tak tau la apa keputusan malam ni, tp yang pasti sebagai salah seorang peminat setia kedah, saya mengharapkan kemenangan akan berpihak kedah.

saya berkesempatan menyaksikan perlawanan pertama di darul aman selasa yg lalu.saya menjangkakan ramai yg akan hadir,namun setibanya di stadium, keadaan jauh melangkaui jangkaan saya.tak tau macam mana nk gambarkan, tp mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan keadaan malam tu hampir menyamai ketika zaman marlon dulu.ha, bayangkan sendiri jumlah peminat yg datang.


Monday, January 18, 2010

APA KABAR SAYAP SANG KENARI???


Dah lambat rasanya untuk menulis tentang ini,sebab dah 2 game yang dilalui kedah, namun hari ni baru ada kesempatan untuk menulis.


ok, setakat ini, kedah sudah mengharungi 3 perlawanan dlm liga super, mencatat kemenangan bergaya ke atas pendatang baru, johor dan 2 game seterusnya tewas tipis 0-1 kepada perlis dan kemudian disusuli dgn johor fc.

Ketika menyaksikan perlawanan menentang perlis, saya cukup terkejut dgn sambutan yg diberikan,memang ramai yg hadir utk memberikan sokongan.Namun, semuanya pulang dgn kekecewaan apabila kedah tewas kpd perlis dgn 0-1 biarpun menguasai perlawanan dan ditambah pula perlis yg beraksi dgn 10 pemain.Byk peluang dicipta, namun jentera serangan gagal menggunakan peluang di depan gol utk melakukan jarigan.

Selepas perlawanan menentang perlis yg menyaksikan kekalahan kedah, saya menjangkakan tak ramai yg akan hadir utk menyaksikan perlawanan menentang johor fc, namun sangkaan itu meleset, ternyata penyokong hijau kuning tetap memenuhi stadium utk memberi sokongan.Namun semua itu langsung tak meniggalkan kesan terhadap permainan kedah..Perlawanan mlm itu seolah-olah menggunakan skrip yg sama ketika menentang perlis, menguasai, menyerang dan mencipta peluang, namun tetap tewas.

Sunday, January 10, 2010

MUSIM BARU LIGA MALAYSIA


9 Januari menjadi tarikh bermulanya perlawanan liga malaysia.Tumpuan saya kali ni???hmmm, pastinya skuad kenari.senang rasanya mendengar khabar gembira dari Johor, Kedah mencatat kemenangan pertama dalam aksi pembuka tirai dengan mencatat kemenangan 3-0 ke atas johor.dari maklumat yg diperolehi, striker baru kedah,azlan ismail telah mencatat hatrik.

persoalannya, adakah masalah ketandusan penyerang yg dialami kedah semenjak ketiadaan marlon sudah terubat??apakah azlan bakal muncul selaku penyerang utama kedah??harapnya begitu, kerana musim suram kedah yg lalu semuanya berpunca akibat ketiadaan penyerang yg betul2 berjiwa penyerang..jika tidak, masakan azrai terpaksa menolak khyril ke atas dari posisi sayap kanan.

namun kemenangan malam ini masih terlalu awal utk menilai sejauh mana kenari mampu terbang dah sejauh mana kemampuan azlan utk terus membantu kedah utk kembali digeruni.bertemu johor yang mana merupakan pendatang baru dlm liga super sememangnya harus diambil peluang oleh kedah utk memberi lebih keyakinan kepada para pemain hijau kuning, dan itulah yg berlaku.tapi dlm masa yg sama,skuad kedah tdk seharusnya leka dgn kemenangan ini kerana johor masih terlalu muda utk saingan super.kedah sepatutnya memantau prestasi selangor,n9,kelantan,perlis, johor fc dan terengganu kerana pasukan2 ini bkn sahaja cemerlang di musim lalu bahkan mereka telahpun memantapkan pasukan mereka dgn ramai pemain2 bintang terutamanya selangor dan kelantan.manakala, kedah pula dikhabarkan hanya mendapatkan 3 pemain baru,dan ketiga-tiga pemain tersebut bukanlah dlm kategori bintang seperti yg dbawa masuk k devan ataupun b sathianatahan..

namun, pada saya,faktor inilah yang membuatkan saya amat meminati dan bangga dengan skuad hijau kuning, kerana kedah adalah pasukan yg bukan dibarisi pemain2 bintang yg dibeli tetapi kedah melahirkan bintang2 muda.sekalung penghargaan harus diberikan kepada bekas jurulatih, saudara azrai kerana telah berjaya mendidik ramai anak2 muda kedah..harapan saya kepada jurulatih baru kedah, saudara ahmad yusof, tolong teruskan perjuangan saudara azrai, bangunkan skuad kami dgn anak2 kedah.lahirkan seramai mungkin bintang dari segenap pelusuk kedah..kami inginkan agar ada pengganti utk khyril, badrul,victor, helmi,pak long, thiru dan ramai lagi.

pada pasukan lain yg memang serius utk memenangi piala musim ini,pendekatan mereka memang mudah, laburkan byk wang dan mereka dapat pemain2 bintang.tp bg kedah, kami lebih berminat menyaksikan pasukan kami mencatat kemenangan tanpa kebergantungan terhadap pemain2 bintang.

13 hb 1 nanti. kedah akan melayan kunjungan singa utara..perlis yg tewas di tangan johor fc pastinya mahu mengubat luka peminat2 mereka, dan utk kedah pula, mereka harus berhati-hati ketika berdepan cabaran perlis nanti..dan satu lagi,
TOLONG BELASAH PERLIS, DIORANG DAH MALUKAN KITA PADA SAINGAN PIALA EMAS RAJA2 ARI TU..

Monday, October 5, 2009

Prestasi Kedah

Dalam harian metro baru2 ni..ada komen oleh jurulatih kebangsaan terhadap prestasi pasukan kedah.Dan rasanya..inilah satu komen yg agak positif dilontarkan kepada kedah...byk komen2 sebelum ni semuanya menghentam dan merendah2kan skuad kenari..mungkin kerana K.Rajagopal tahu tentang situasi pemain2 kedah dibawah kendalian beliau..dan beliau memahami kesannya ke atas kedah.sebagai penyokong setia hijau kuning..

komen ini sekurang-kurangnya melegakan perasaan sedih melihat prestasi hambar sang kenari musim ini. berikut adalah artikel yg di sebutkan :

Prestasi Kedah cetus persoalan
Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my

SELAKU juara bertahan Piala Malaysia, aksi Kedah sememangnya menjadi tumpuan dan selepas tamat pusingan pertama peringkat kumpulan, kelmarin, skuad bimbingan Azraai Khor Abdullah itu sekali lagi diperkatakan.

Terikat 1-1 dengan skuad kerdil, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada perlawanan pembuka tirai, 26 September lalu pantas membuatkan peminat mula tertanya-tanya mengenai kemampuan skuad Kenari itu mempertahankan gelaran.

Tiga hari selepas itu, sayap sang Kenari dipatahkan Kelantan 1-0 dan kelmarin, Kedah terus dihimpit duka apabila tumbang 0-1 di tangan Pulau Pinang dan lebih mendukacitakan, kekalahan itu di halaman sendiri.

Apa yang berlaku kepada Kedah itu turut mendapat perhatian ketua jurulatih skuad kebangsaan, K Rajagobal yang mengakui beliau sendiri tumpang berduka selain hairan dengan tragedi yang menimpa anak didik Azraai Khor itu.


“Mungkin mereka berdepan masalah seperti kecederaan atau sebagainya. Bagi saya, apa yang berlaku kepada Kedah itu adalah petanda tidak baik kepada usaha mereka untuk mempertahankan gelaran yang mereka menangi musim lalu.

“Saya memang terkejut dengan apa yang sedang berlaku kepada skuad Kedah. Mereka mempunyai pemain yang baik tetapi secara jujur, saya tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada mereka dan saya tidak mahu membuat sebarang andaian.

“Saya cuma berharap Kedah akan kembali bangkit untuk mengharungi pusingan kedua peringkat kumpulan kerana saingan Piala Malaysia pasti tambah menarik jika Kedah dapat turut serta hingga ke peringkat tertinggi,” katanya.

Kedah akan memulakan pusingan kedua peringkat kumpulan dengan menentang ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam esok dan mereka pastinya tidak mempunyai pilihan selain perlu mula mencatat keputusan positif jika mahu terus menghulur saingan di suku akhir nanti.

Jika Kedah sedang dirundung malang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Selangor pula bergembira apabila masing-masing mencatat tiga kemenangan pada pusingan pertama peringkat kumpulan sekali gus layak dilabel pasukan pilihan menjulang piala kebangsaan arena bola sepak negara itu musim ini.




malam ni kalau tak silap kedah akan bertemu atm di selayang...diharapkan pemain2 akan bermain sepenuh hati..

Tuesday, September 29, 2009

Kedah VS Kelantan

asslamualaikum..dah agak lama tak update blog ni...bukan tak da benda nk tulis...tp malas..ari ni rajin sikit..bkn apa..nk sembang2 pasal bola..

hari sabtu mggu lepas pegi stadium dengan kawan,anep n wafi (org mesir ni)..punya la semangat nk tgk team kedah beraksi selepas berehat panjang...walaupun lawan yg akan ditentang bukanlah pasukan yg menyerlah dlm liga...tp tetap ada kerisauan...kenapa???

pertama,kegagalan kedah utk mendapatkan khidmat bekas pemainnya yg berhijrah ke upbmyteam..bunyamin serta kegagalan utk mendapatkan penyerang muda yg sedang meningkat naik bersama harimau muda,shakir ali.

keduanya..berita kecederaan di kem kedah yg amat kritikal...manakan tidak,dalam kedah menghadapi krisis utk menggantikan kehilangan striker berbisa,marlon alex...khayril muhaimeen pula dilaporkan cedera dan tidak dpt beraksi selama 6 bulan.Ditambah pula kecederangan pemain sayap muda,fadzli baharom serta pertahanan,thiru dan saramsak kram.

Perlawanan menentang atm sememangnya dikuasai kedah,dengan byk serangan ke gol lawan dan berjaya menghasilkan gol awal.Namun,masalah yg agak ketara adalah bahagian serangan yg sememangnya tdk berkesan kerana gagal memanfaatkan byk peluang.

Pemainan kedah pd malam tu juga lebih byk tertumpu kepada pemain sayap,dengan byk hantaran2 lintang di depan gol terutama daripada badrul bakhtiar.Tp yg menimbulkan masalah ialah permainan crossing yang tidak tepat dan dapat dikeluarkan oleh lawan.Munngkin kesan drpd ketiadaan pemain2 utama,kedah gagal untk bermain secara centre attack, byk through ball yg dilakukan gagal utk mencari pemain penyerang.Tidak seperti sewaktu kehadiran nelson sen martin dahulu...beliau bukan sahaja menguasai bahagian tgh dgn baik ..tetapi dia juga cukup efektif dalam melakukan through ball kepada penyerang seperti marlon.Kalau diimbas gol penyamaan drpd marlon ketika final piala malaysia yg lalu...ia terhasil drpd suatu hantaran through yg cukup menarik dan tak dapat dijangka oleh pertahanan selangor.

Tp itu semua tggl kenangan.Namun,saya tak pula berpendapat kedah sudah tak mampu bersaing...kerana kedah memiliki ramai pemain berkualiti..ini semua hasil pendedahan awal oleh Azrai.pemain seperti khairil,badrul,pak long,victor,shafizan,sabree,fadzli,faizal,saramsak,thiru dan ramai lg sebenarnya sudah cukup utk kedah mengekalkan reputasi hebat mereka...tapi mungkin gandingan mereka ini memrlukan masa utk serasi selain masalah kecederaan pemain utama dlm pasukan kedah.

malam ini...mungkin boleh dikatakan pertemuan buku dan ruas kerana smua perlawanan tidak menemukan 2 team paling berptensi dlm kumpulan.Sebagai peminat setia hijau kuning...pastinya risau..kerana kelantan yg diperkuatkan dgn indra dan khalid jamlus sudah pun mengumpul 3 mata dlm perlawnan pertama mereka.dan pastinya mereka dlm prestasi terbaik..sedangkan kedah jika gagal memperbaiki corak permainan berbanding ketika menentang atm..kelantan pasti sukar ditewaskan...

Namun..kedah masih berpeluang jika permainan pak long,badrul dan faizal menjadi malam ini.

Apa sekalipun..selamat maju jaya kepada pasukan Kedah.

Monday, June 1, 2009

Artikel Menarik Tentang "Maradona Baru"

‘Maradona baru’ hanya megah pada nama

JIKA anda pemain bola sepak berbakat, mempunyai ketinggian kira-kira lima kaki lebih dan berasal dari Argentina, anda mempunyai peluang cerah digelar ‘Maradona baru’.

Pakar bola sepak dan kaki pertaruhan turut mengharapkan kehadiran ‘Maradona baru’, yang mampu membawa Argentina menjadi kuasa utama bola sepak dunia.

Sekiranya anda menaip frasa itu (New Maradona) menerusi enjin carian internet, anda boleh mendapatkan 340,000 maklumat mengenainya dan itu hanya membabitkan laman web berbahasa Inggeris.

Ini bukan kali pertama persamaan dibuat antara bakat Lionel Messi dan kebolehan jurulatih kebangsaan negaranya itu.

Pemain Barcelona itu menyumbang gol ketika kemenangan 5-2 ke atas Getafe pada 2007 dan apa yang mencetuskan perdebatan ialah kehebatan Messi menggelecek dan memperdayakan lawan begitu menyamai kehebatan Maradona ketika menewaskan England pada Piala Dunia 1986.

Messi juga pernah menjaringkan gol menggunakan tangan. Kini selepas 12 tahun persaraan Maradona, penggantinya mungkin sudah ditemui.

Diego Latorre yang hilang tanpa dikesan selepas menyertai Fiorentina pada 1991, adalah ‘Maradona baru’ yang asal tapi bagaimana pula dengan senarai panjang pemain selepasnya.

Beberapa pemain Argentina turut dibandingkan dengan Maradona, tapi mereka kemudian tenggelam dan apakah Messi akan menerima nasib sama?

Hanya masa bakal menentukannya, tapi buat sementara ikuti senarai pemain yang gagal menepati ramalan untuk bergelar ‘Maradona baru’.

JAVIER SAVIOLA

Penyerang setinggi lima kaki enam inci (1.65m) itu digelar ‘Maradona baru’ apabila menjadi pemain termuda memenangi anugerah Kasut Emas, El Goleador, dalam liga Argentina. Dia mengatasi rekod jaringan Maradona pada 1978.

Perbandingan mereka terus berlaku hasil aksi cemerlang Saviola dalam Piala Dunia bawah 20 tahun apabila dia menjaringkan 11 gol dan dinamakan sebagai pemain terbaik kejohanan - sama seperti Maradona pada kejohanan edisi 1979.

Keputusan Saviola untuk meninggalkan River Plate, yang dibantunya memenangi kejuaraan liga Argentina dan menyertai Barcelona dengan kos perpindahan £20 juta (RM113.6 juta), memperkuatkan lagi perbandingan antaranya dan Maradona.

Nou Camp turut menjadi persinggahan pertama Maradona di Eropah sebaik meninggalkan Boca Juniors pada 1982.

Bagaimanapun selepas itu segalanya tidak menjadi. Saviola yang digelar ‘Arnab Kecil’, tidak lagi diberi perhatian di Barcelona dan perpindahannya ke Real Madrid pada 2007 gagal mengembalikan kariernya di landasan sepatutnya.

Dalam keadaan yang dilihat semakin buruk, dia mula dikaitkan dengan Newcastle United.

JUAN ROMAN
RIQUELME

Dia mungkin tidak kelihatan seperti Maradona (dengan ketinggian enam kaki (1.8m)) atau menyamai corak permainan Maradona, tapi dia jelas sekali mengikuti jejak langkah legenda itu dalam kariernya.

Kedua-duanya bermula di Boca Juniors, menyarung jersi nombor 10 serta berjaya sebelum berpindah ke Sepanyol dan kemudian bergelut di Barcelona.

Bagaimanapun, Maradona dan Riquelme terus mencipta kejayaan dengan menyertai kelab kecil dan kedua-duanya kembali ke Boca Juniors selepas itu.

Artikel dalam akhbar The Scotsman menggelarkan Riquelme sebagai ‘bapa’ kepada mereka yang bergelar ‘Maradona baru’ pada 2006.

PABLO AIMAR

Dengan ketinggian 5 kaki 7 inci (1.67m) dan menyarung jersi nombor 10, Aimar menepati gelaran ‘Maradona baru’ apabila membantu Argentina menjuarai Piala Belia Dunia Coca-Cola 1997.

Kejayaan dikecapi di River Plate membawanya ke Valencia yang dibimbing Rafa Benitez dengan perpindahan £20 juta (RM113.6 juta), di mana Aimar memenangi La Liga dan mara ke final Liga Juara-Juara.

Maradona pernah menyifatkan Aimar ‘penggantinya yang sah dan pemain terbaik dunia’ dan berkata, dia sanggup membayar wang untuk melihat aksi pemain itu.

Namun, nama Aimar semakin tenggelam daripada kelompok bintang dunia yang menjadi sebutan peminat ketika ini.

CARLOS TEVEZ

Maradona menggelar Tevez ‘utusan buat Argentina pada abad ke-21’ yang kedengaran seperti omong kosong Amerika Selatan tapi ada kebenarannya.

Pemain berbadan gempal dengan ketinggian lima kaki enam inci (1.65m) tapi menampilkan permainan bertenaga, Tevez digelar ‘Maradona baru’ apabila menyerlah ketika menyertai Boca Junior pada 2001.

Kedua-duanya begitu rapat dan Maradona mengakui penyerang Manchester United itu bagaikan anak kepadanya.

Artikel BBC Sports pada 2004 mengisytiharkan: “Maradona baru - Carlos Tevez - menyertai Corinthians dengan kos hampir AS$20 juta (RM72 juta) adalah calon terbaik untuk perpindahan paling aneh bagi tahun itu.”

Tapi, kita semua tahu apa berlaku selepas itu. Tevez bergelut mendapat tempat dalam kesebelasan utama Manchester United - keadaan yang tidak pernah dihadapi Maradona. Pengurus United, Alex Ferguson tidak menyenaraikannya dalam kesebelasan utama menentang Barcelona pada final Liga Juara-Juara Eropah, Khamis lalu.

ARIEL ORTEGA

Ortega menikmati kejayaan awal bersama River Plate dan berjaya menarik perhatian bola sepak antarabangsa dengan kepantasan dan kebolehan menggelecek yang dimilikinya.

Pemain tengah dengan ketinggian lima kaki tujuh inci (1.67m) menjadi kunci utama pasukan Argentina selama lebih sedekad dengan mewakili negaranya pada Piala Dunia 1994, 1998 dan 2002.

Tapi, seperti juga Maradona, kelakuan Ortega di luar padang memberi impak negatif terhadap prestasinya di padang. Ketagihan arak menjejaskan kariernya manakala sikap panas barannya kadangkala membawa padah.

Masih ingatkah insiden Ortega menanduk Edwin Van der Sar pada Piala Dunia 1998?

Rencana ABC: “Ortega digelar Maradona baru apabila menyerlah di pentas antarabangsa ketika remaja.”

ANDRES d’ALESSANDRO

D’Alessandro berlatih bersama pasukan West Ham bimbingan Harry Redknapp pada 2001 ketika berusia 19 tahun dan pengurus Hammers itu berkata: “Dia bakat hebat. Dia boleh bermain di mana-mana posisi.

“Dia begitu berbakat dan mempunyai kemahiran menakjubkan. Dia sama seperti Joe Cole, jadi bukan tindakan yang silap menggunakan khidmatnya.”

Lupakan saja Joe Cole, d’Alessandro digelar sebagai ‘Maradona baru’ selepas cemerlang dalam skuad remaja River Plate dan mempamerkan persembahan menakjubkan ketika Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2001.

Hanya berketinggian lima kaki empat inci (1.6 meter), perancang permainan itu berpindah ke Eropah pada 2003 dengan menyertai pasukan Bundesliga, Wolfsburg dengan kos £6.2 juta (RM35.2 juta).

“Seorang pemain muda dari Argentina digelar ‘Maradona baru’ berlatih bersama West Ham,” lapor Daily Star pada Februari 2001. Namun, sehingga kini dia belum mampu menempatkan diri dalam kelompok utama bintang dunia.

FRANCO DI SANTO

Pemain muda berbakat Argentina paling baru ini menyertai Chelsea pada Januari 2008 selepas dua tahun bersama pasukan Chile Audux Italiano La Florida.

Di Santo berketinggian enam kaki empat inci (1.9 meter) dan bertubuh sasa, masih berpeluang menjadi Diego berikutnya. Kita akan melihatnya nanti.

“Dianggarkan hampir 10 kelab Liga Perdana Inggeris memburu tandatangan pemain berketinggian 6 kaki 4 inci berusia 18 tahun dari Argentina, Franco Di Santo yang dianggap sebagai Maradona baru,” lapor kolum gosip BBC Sports pada Ogos 2007.

CARLOS MARINELLI

Marinelli sebenarnya terlalu tinggi untuk dibandingkan dengan Maradona susulan memiliki ketinggian 5 kaki 11 inci (1.77m) tapi dia datang ke Eropah dari Boca Juniors, justeru ramai yang terlepas pandang aspek itu.

Begitu juga Middlesbrough yang mengambil pemain berusia 17 tahun itu pada 1999 dengan harga £1.5 juta (RM8.5 juta).

Dia menampilkan aksi terburuk di Teesside dan kembali ke Argentina sebaik dilepaskan pada akhir musim 2003.

Pengurus Boro, Bryan Robson berkata: “Orang sering melabel pemain dan saya harap dia mampu menjadi Maradona baru.

“Ia menjadi pembelian terhebat bagi kami tapi perjalanannya ke arah itu masih jauh.”

Robson, kenyataan anda itu tidak silap.

BENJAMIN

Akhirnya, seorang ‘Maradona baru’ yang sejati dilahirkan dan kami tidak maksudkan Lionel Messi.

Penyerang Atletico Madrid, Sergio Aguero dari Argentina dengan ketinggian lima kaki tujuh inci (1.67m) turut dikaitkan dengan El Diego dan bertunang dengan anak perempuannya, Ginanina yang melahirkan anak pertama pasangan itu yang juga cucu pertama Maradona, Februari lalu.

Benjamin adalah cucu pertama Maradona dan pelbagai ramalan mula timbul sama ada bayi itu bakal mengikuti jejak langkah datuknya.


sumber : harian metro

Sunday, February 15, 2009

KENARI KEMBALI MENEMUI RENTAK

Assalamualaikum.Gembira rasanya mendenganr berita kemenangan Kedah ke atas Kl Plus.Setelah gagal mempamerkan aksi terbaik dlm 4 perlawanan sebelum ini, Kedah mendapat kemenangan pertama melalui 2 gol jaringan pemain muda Kedah, Fadzli Baharom.

Semalam, Kedah sekali lagi berjaya memperolehi kemenangan kedua hasil kemenangan 1-0 ke atas UpbMyteam.Apa yg lebih membanggakan, dalam perlawanan dengan UpbMyteam, Azrai membariskan ramai pemain muda, dan kemenangan ini pastinya mengurangkan kerisauan tentang masa depan skuad Kedah serta Azrai dilihat memiliki ramuan dan strategi terrsendiri untuk mengembalikan maruah skuad Kedah yang sebelum iini dipertikaikan oleh byk pihak.

Bukan itu sahaja, sekiranya pada musim ini Azrai berjaya membawa pasukan Kedah untuk berada pada kedudukan 3 terbaik liga, ini pastinya dapat menutup mulut2 pengkritik sukan yang mengatakan Hijau Kuning byk bergantung kepada awang import utk mendapatkan gelaran double treble.

Kepada pemain2 dan seluruh pengurusan Hijau Kuning, tingkatkan usaha anda..

Thursday, January 22, 2009

Bola Malaysia

Assalamualaikum...seperti yang dilaporkan dlm Harian Metro, Malaysia sekali lagi dimalukan oleh UAE 5-0 dalam perlawanan kelayakan Piala Asia.Jurulatih Malaysia yang sebelum ini nyaris disingkir setelah gagal di Piala AFF tp kemudiannya dikekalkan memberi alasan UAE lebih kuat dan faktor kecergasan anak2 buahnya di jadikan alasan.

Bilakah agaknya kita dapat merasa untuk menjadi jaguh walaupun di peringkat Asia???Setiap kali ada kejohanan atau ujian kelayakan dan setiap kali kita tewas, pasti ada saja alasan yg diberi. Penyerang negara juga hanya tahu bercakap " saya sudah bersedia untuk merobek gawang lawan" sedangkan , habis saja perlawanan, kita tewas dgn jaringan yg besar dan "tanpa sebarang jaringan.

Sebelum ini, selepas bermulanya kempen liga Malaysia, ada kedengaran pujian dari pegawai FAM yang memuji penyerang2 negara kerana jumlah jaringan yg dihasilkan walaupun selepas 3 perlawanan cukup mengagumkan.

Pelik, ketika ada pemain2 import, mana penyerang2 kita ?? tak boleh score gol ke??Dengan kehadiran 3 pemain import dalam satu pasukan pun kita tak boleh bersaing, inikan pula nak bersaing dengan pasukan antarabangsa??

FAM sepatutnya menilai prestasi pemain2 tdk kiralah pemain penyerang atau pertahanan sewaktu mereka bersaing dalam kancah liga tempatan bersama pemain2 import.Dan, pemain2 yang mampu menyerlah ketika adanya pemain2 import, sudah pastilah merupakan pilihan yang terbaik utk mewakili negara.

Tapi, sekarang pemain2 import sudah tiada, jadi siapakah pemain terbaik kita, takkan kita nak menilai prestasi mereka yg beraksi dalam liga yang tanpa pemain luar negara?? inilah yang kita panggil "jaguh kampung".Sudahlah pemain kita tak berpeluang utk beraksi di liga2 luar negara, sekarang terpaksa pulak bermain dalam liga tempatan yang tiada pemain2 import, macam mana nak ada peningkatan...

Sunday, January 11, 2009

Mata pertama Sang Kenari

Assalamualaikum..semalam game ketiga utk liga super.Kali ni Kedah x kalah, tapi mencatatkan keputusan seri itupun dengan pasukan Johor FC yg sebelum ini seri dengan Penang 2-2.Adakah kekuatan Kedah hanya setakat itu ?Jika benar, Kedah memang takkan mampu utk bersaing dalam kejuaraan kali ini.Tapi ini hanyalah jangkaan berdasarkan prestasi Kedah setelah melalui 3 perlawanan dan memang tdk adil bagi Kedah apabila byk pihak memembuat andaian terhadap pasukan "double treble" ini berdasarkan 3 perlawanan awal.

Memang sudah menjadi lumrah, yg tewas akan diperkecilkan.Pihak media juga sudah mula memberi pandangan negatif terhadap pasukan Kedah sekarang, rata2 nya menggunakan alasan pemain import yg byk menyumbang kpd kejayaan Kedah terdahulu.

Mungkin ada benarnya,tp bola sepak bukannya permainan individu, ia adalah permainan yg memerlukan komitmen semua pemain utk bermain secara berpasukan.Jadi tak perlu la menggunakan alasan pemain import sebagai alasan total kepada corak hambar pasukan hijau kuning musim ini.

Lepas ni, Kedah akan bertandang ke Kangar utk menentang pasukan jiran iaitu Perlis.Memanglah, setelah melalui 3 perlawanan dgn hanya satu tewas, Perlis dibawah bimbingan Irfan dilihat mudah utk menjinakkan sang Kenari yg telah tewas 2 perlawanan.Namun,saya amat berharap mereka akan dipaksa bekerja keras utk menghadapi barisan muda Kedah yg pastinya sekarang sedang berusaha utk kembali bersaing .Biar apa sekali pun kritikan yg dilemparkan kepada skuad Kedah, saya yakin mereka akan melakukan yg terbaik utk bangkit .

Kepada skuad Kedah mungkin rangkap lagu tradisi ini blh dijadikan pembakar semangat :

Yakinkanlah diri sendiri
Berjuanglah sejiwa murni
Tekun berani sesungguh hati
Demi sukan mengharum negeri

Biar jasa jadi kenangan
Hijau kuning lambang kemegahan
Jelapang padi tempat sanjungan
Negeri Kedah Darul Aman

Kedah, Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dan rebah
Bangun lantas semula gagah
Membujur lalu melintang patah

Hijau kuning tanahku
Darul Aman negeriku
Hijau kuning darahku
Negeri Kedah negeriku...

Wednesday, January 7, 2009

kedah Tewas Lagi

Assalamualaikum...sedih rasanya bila buka paper hari ni.Skuad Kenari sekali lagi tewas, kali ini di tangan N. Sembilan.Pasti ramai penyokong2 skuad hijau kuning yang kecewa dengan keputusan ini.
Seperti yang dilaporkan di dlm akhbar, Kedah sekali lagi memberi kepercayaan kepada Helmi Eliza utk menjaga gawang hijau kuning di Paroi, sekaligus menyaksikan Helmi sekali lagi melepaskan 3 gol.Namun, yang menjadi tanda tanya,kenapa Azrai masih menurunkan Helmi Eliza sedangkan ketika sidang media selepas perlawanan dengan Selangor beliau ada menyatakan bahawa Helmi akan direhatkan untuk 'membuang badi' yang masih belum hilang dan akan menurunkan Al Hafiz.Tetapi sebaliknya yang berlaku ketika di Paroi.
Dengan kekalahan kali kedua berturut-turut meletakkan skuad hijau kuning di tangga terbawah liga super dengan 1 jaringan dan 7 bolos.
Berdasarkan prestasi Kedah sekarang, begitu ketara sekali bahawa mutu serangan dan pertahanan Kedah sekarang adalah yang terburuk.Kegagalan utk menghasilkan gol ditambah pula bahagian pertahanan yang sudah pon bolos sebanyak 7 gol menjelaskan situasi kritikal Kedah.
Mampukah Azrai Kor Abdullah yang pernah menjadi jurulatih paling disegani sebelum ini kembali mencorakkan pasukan Kedah untuk menghadapi saingan musim ini sekaligus mempertahankan 3 piala??
Mudah-mudahan Kedah akan bangkit.Dan kepada semua penyokong setia Hijau Kuning, teruskan sokongan anda.

Tuesday, January 6, 2009

Kedah Vs N. Sembilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...malam ni ada game antara Kedah dan N. Sembilan.Kedah yg sebelum ni tumbang 1-4 kpd Selangor menyatakan hasrat utk bangkit bagi memburu kemenangan sekaligus utk meraih 3 mata pertama.

Namun, rasanya menentang N. Sembilan di Paroi bukanlah sesuatu yg senang.N. Sembilan yang dibarisi pemain2 berpengalaman seperti Zakuan dan Idris Karim sebelum ini telah menewaskan skuad harimau kumbang di tempat lawan dgn 3-0.Tiga gol yg diperolehi ini menunjukkan betapa N. Sembilan adalah antara pasukan yg pada masa kini mempunya pemain penyerang yg cukup tajam.Sedangkan Kedah pula dilihat seakan bergelut utk menampilkan penyerang yang benar2 berrbisa.Walaupun Khyril Muhaymeen yg menggalas tugas selaku penyerang mempunyai kelajuan dan skil yg baik namun persembahannya ketika menentang Selangor menunjukkan penyudahnya masih belum cukup berbisa.

Bagi Azrai pula, beliau pastinya akan membuat percaturan dan perancangan taktikal yang baru dlm perlawanan menentang pasukan bimbingan wan Jamak.Moga2 perancangan yg dibuat bakal membuahkan hasil yang baik.

Kepada semua peminat setia Hijau Kuning...teruskan sokongan anda.

Sunday, January 4, 2009

Sang Kenari Tewas

Assalamualaikum..kepada penyokong2 pasukan Kedah, tarikh 3.1.09 pastinya menjadi tarikh yg amat menyedihkan apabila kedah tewas di laman sendiri 1-4 kepada pasukan Selangor.Selangor yg sebelum ini dibimbing Dollah Salleh belum pernah mampu menewaskan sang kenari, namun K. Devan telah memecahkan tradisi itu.

Saya tidak ketinggalan utk menyaksikan perlawanan itu,bukan apa, tp ingin melihat kesebelasan utama Kedah yg akan diturunkan..Dengan sokongan padu drpd 30 000 penyokong setia, Kedah nampaknya masih belum cukup bersedia untuk beraksi.

Helmi Eliza yg sebelum ini mendapat kritikan byk pihak dgn prestasi hambarnya ketika bersama pasukan Malaysia sekali lagi menampilkan aksi goyah apabila melepaskan gol2 mudah pada separuh masa utama hingga memaksa Azrai memasukkan penjaga gol kedua Kedah bg mengimbangi perlawanan yg kian menekan pasukan Kedah.Namun, Kedah yg memasukkan pemain2 baru di bahagian pertahanan, tengah dan serangan dilihat gagal beraksi dengan baik.Walaupun bahagian tgh yg di kemudi oleh 'pak long' dilihat mampu utk mencipta peluang kpd bahagian serangan, namun ketumpulan di bahagian serangan Kedah tak dpt disangkalkan lagi.

Khairil Muhymeen yg diletakkn selaku penyerang, dilihat masih belum cukup berbisa.Ditambah pula dgn pemain pertahanan baru yg masih belum mencapai tahap yg cukup baik utk bergandingan dgn Victor dan Shafizan di bhgian pertahanan.Mungkin selepas tamat Piala Malaysia musin lalu, Azrai Kor sepatutnya mula mencari pemain2 penyerang yg cukup tajam utk menggantikan marlon.Namun beliau hanya memasukkan penyerang dari P. Pinang dan pemain pertahanan.Namun itu bukanlah masalah besar kerana Azrai masih mempunyai byk pemain2 berpengalaman di bangku simpanan.
Dlm perlawanan semalam, Azrai lebih cenderung utk mencuba pemain2 barunya, sedangkan beliau boleh menggunakan Fazli Baharom atau Syafiq Jamal di bhgian depan, dan juga Sabree Abu dan Fazliata di bahagian pertahanan.

Tapi, apa sekali pun, sebagai penyokong setia Kedah, saya harap Kedah akan kembali ke prestasi sebenar apabila berkunjung ke Paroi nanti.
KAMI PENYOKONG2 SETIA KEDAH, MELETAKKAN SEPENUH KEYAKINAN KE ATAS SAUDARA AZRAI DAN SEMUA PEMAIN KEDAH.