Monday, January 18, 2010

APA KABAR SAYAP SANG KENARI???


Dah lambat rasanya untuk menulis tentang ini,sebab dah 2 game yang dilalui kedah, namun hari ni baru ada kesempatan untuk menulis.


ok, setakat ini, kedah sudah mengharungi 3 perlawanan dlm liga super, mencatat kemenangan bergaya ke atas pendatang baru, johor dan 2 game seterusnya tewas tipis 0-1 kepada perlis dan kemudian disusuli dgn johor fc.

Ketika menyaksikan perlawanan menentang perlis, saya cukup terkejut dgn sambutan yg diberikan,memang ramai yg hadir utk memberikan sokongan.Namun, semuanya pulang dgn kekecewaan apabila kedah tewas kpd perlis dgn 0-1 biarpun menguasai perlawanan dan ditambah pula perlis yg beraksi dgn 10 pemain.Byk peluang dicipta, namun jentera serangan gagal menggunakan peluang di depan gol utk melakukan jarigan.

Selepas perlawanan menentang perlis yg menyaksikan kekalahan kedah, saya menjangkakan tak ramai yg akan hadir utk menyaksikan perlawanan menentang johor fc, namun sangkaan itu meleset, ternyata penyokong hijau kuning tetap memenuhi stadium utk memberi sokongan.Namun semua itu langsung tak meniggalkan kesan terhadap permainan kedah..Perlawanan mlm itu seolah-olah menggunakan skrip yg sama ketika menentang perlis, menguasai, menyerang dan mencipta peluang, namun tetap tewas.



Perlawanan yg sudah pon seakan-akan berakhir dgn keputusan seri apabila pegawai perlawanan memeberikan tambahan masa 3 minit, namun sekelip mata, johor fc mendapat peluang terbuka di depan gol, sekaligus merentap semangat pemain dan ribuan penyokong hijau kuning.

Kedah seharusnya menyalahkan diri sendiri, apabila 2 peluang terbuka di depan gol lawan disamping byk lagi peluang lain gagal dimanfaatkan oleh jentera serangan pada malam itu.sedih rasanya melihat perlawanan malam itu,penyokong mlm tu kelihatan amat kecewa, rata2 mereka sudah mula mengejek pasukan mereka sendiri lantaran terlalu kecewa.dgn kepercayaan yg masih mereka berikan terhadap pasukan biarpun tewas kepada perlis, kegagalan kedah utk bangkit ketika menentang johor fc pastinya memberikan tamparan hebat terhadap peminat2 setia hijau kuning.

Selepas ini kedah akan menentang pasukan kelantan di kota bharu, dan kemudiannya akan menanti kunjungan perak di darul aman.
Menentang kelantan ditempat lawan pastinya sukar utk hijau kuning, biarpun kelantan masih lagi blh dikatakan belum betul2 menyerlah dgn 1 kemenangan dan 2 seri, namun dgn senarai pemain yg mereka ada,kedah dijangka akan melalui perlawanan yg cukup getir.

Menentang perak pula,kedah seharusnya tdk mempunyai masalah utk menang jika dinilai prestasi 2 perlawanan awal perak.namun harus diingat, perak sudah mendapat semula khidmat penyerang utama mereka, razali umar kandasamy dan mereka sudah mencatat kemenangan hasil bantuan razali.

Bagi semua penyokong setia hijau kuning, kami mengharapkan agar 2 kekalahan kedah di tempat sendiri musim ini bukanlah gambaran sebenar terhadap nasib kedah musim ni.
Kepada semua pemain, mainlah bermati-matian utk hijau kuning, berlatihlah dgn serius, atasi semua kelemahan anda dlm 2 game sebelum ini.

No comments:

Post a Comment