Bismillahirrahmanirrahim..
Sudah lebih 5 tahun tak update blog ni, sibuk + malas, macam ni la jadinya. Banyak yang dah berubah dalam tempoh ni.
So, first posting selepas lebih 5 tahun, apa ya??
Hmm, rasa macam nak bagi sedikit review pasal motor. Modenas CT115S.
Saya dah miliki CT115S ni sejak Sept 2015, boleh dikatakan antara batch terawal. Sekarang mileage dah pun melebihi 14 000 km (memang guna travel pergi kerja).
Jadi, setelah 14 000 km, apa pendapat saya? Overall kalau ikut scale, saya bagi 6/10 kerana zaman sekarang jenama2 lain seperti Yamaha dan Honda dah lebih kompetitif dari segi design dan spesifikasi, maka rating untuk motor2 keluaran Modenas juga tak terkecuali untuk dibandingkan dengan jenama2 lain. kalau banding dengan model2 dari Modenas sahaja, munkinglah boleh bagi 8 atau 9 bintang, kan?
Ok, dari segi design, ya, design CT115s ni antara yang sporty selain daripada Ace. Design concept atau DNA nya iras2 model paling laris Yamaha, LC. Dari segi design, saya agak berpuas hati, cuma bahagian belakang especially lampu signal nya membuatkan model ini kelihatan sedikit awkward apabila housing digunakan untuk menutup keseluruhan lampu signal. Kalau anda buka housing ini, lampu signal untuk CT115s sebenarnya adalah jenis terpisah. Rasanya mungkin Modenas satu-satunya yang buat design macam ni. Apa pun, dari segi ketahanan, pasti lebih tahan berbanding lampu terpisah motor lain yang terdedah kepada bahaya PATAH.
Personally, saya lebih suka jika Modenas fikirkan design split type signal yang lebih reliable daripada kebanyakan yang di pakai kebanyakan jenama sekarang. tak semestinya perlu design macam di bawah, panjang dan mudah terlanggar :-
Dari segi penjimatan, untuk sebuah motor yang masih menggunakan karburator, CT115s boleh dikatakan agak jimat, RM 5 isian, boleh travel hingga 120 km lebih. Pastinya ini adalah pada kelajuan 100 - 110 km/h.
Mengikut spec. dari pihak Modenas
fuel consumption pada 80 km/j adalah 46.8 km/L atau ~ 46.8 x 4.8 L= 224 .64 km (tangki penuh). Ini cumalah untuk condition ideal. Dalam keadaan sebenar, consumption pastinya lebih tinggi kerana faktor2 lain.
Menunggang CT115s agak selesa dan stabil dengan monoshock nya, cuma untuk jarak jauh, reka bentuk seatnya tidak ergonomik, kurang selesa, sudutnya terlalu condong. Dari segi kuasa, tak banyak yang boleh diperkatakan, cuma 115CC, so paham2 je lah. Kalau yang beriringan dengan anda Ace, Lagenda, Kriss, EX5, mungkin anda terasa sedikit 'jaguh'. Tapi, pengalaman saya, ramai sangat LC, FZ, Y15ZR, R15, so, paham2 sendiri. Mungkin sebab itu, tak kurang ramai yang kecewa bila Modenas umumkan spec untuk CT115S ni. Kurang2 pun, kalau Modenas dapat gunakan spec dari GT128, mungkin lebih ramai berminat.
Kesimpulan, bagi yang rasa keperluan diri hanyalah motor di kategori CC rendah, CT115s adalah berbaloi. Apa pun, ikut keperluan dan kemampuan masing2, biar berpadanan. Diharapkan Modenas akan lebih berpandangan jauh dan sentiasa kompetitif. Mereka perlu tempatkan diri di dalam skala saingan pada masa kini berbanding cuba untuk kompetitif di dalam dunia sendiri.