Friday, June 25, 2010

Anda Nak 8 ?, Buat 8.Nak 20 ?, Buat 20.Nak 36 ? Buat la...


Dalam satu kuliah Ust. Shamsuri Ahmad, ketika beliau membacakan Kitab Bahrul Mazi, Jilid-3, m/s 29 , beliau ada menceritakan satu kisah tentang Imam Malik.

Untuk pengetahuan semua, Nabi Muhammad SAW melakukan sembahyang tarawih 8 rakaat, bermulanya zaman Sayyidina Umar al- Khattab, sembahyang tarawih dibuat 20 rakaat.

Pada zaman Imam Malik, (Imam Malik tinggal di Madinah) beliau ditanya oleh orang ramai,
"Wahai imam, kita nak sembahyang tarawih berapa rakaat? Nabi SAW lakukannya dengan 8 rakaat, dan Sayyidina Umar lakukannya dengan 20 rakaat".

Anda tahu apa jawapan Imam Malik ?



Kata Imam Malik, "Orang Makkah sembahyang tarawih 20 rakaat kerana mereka ada Kaabah, kita tak ada Kaabah, jadi kita sembahyang 36 rakaat".

Dan dicatatkan, Imam Malik menunaikan sembahyang terawih di Masjid Nabawi 36 rakaat.Ust. Shamsuri sempat berjenaka, "La ni kalau buat tiga puluh enam, jahanam, buat 20 pun lepas 8 rakaat dah tak dak orang".

Kepada sahabat2 yang membaca, ini adalah kisah "Imam Malik"..bukannya Imam Malik yang kebanyakan kita jumpa hari ni.'Alimnya cukup tinggi. Dan kisah ini bukanlah soal solat zohor 4 rakaat dibuat 8 rakaat, atau pun solat subuh 2 rakaat dibuat 4 rakaat.. Tapi ini adalah solat "sunat" tarawih. Maka keterbukaan dalam soal ini harus ada dikalangan umat Islam.Jangan kerana perkara ini, timbulnya pergaduhan yang tak perlu.

Anda senang melakukan 8 rakaat, maka lakukan 8 rakaat.Anda mampu 20 rakaat, maka lakukan 20.

Kisah ini boleh dirujuk dalam Kitab Al-Muwatta'. 

Wallahua'alam.

2 comments: