Assalamu'alaikum dan Salam Aidil Fitri buat sidang pembaca dan pengunjung di blog ini. Sudah agak lama tidak mengupdate blog lantaran kesibukan..
Sidang pembaca sekalian, pasti ada yang pertama kali melihat tajuk post kali ini menyangka post ini tentang walimatul urus seorang jejaka bernama Taufiq dan temannya yang bernama Hidayah. Namun sangkaan anda itu jauh sekali daripada apa yang ingin saya sampaikan.
Pada Ramadhan yang lalu, dalam satu siri Al-Kuliyyah di TV3 dengan panelis jemputan Ustaz Badlishah telah mengupas tajuk "Bulan Ikhlas". Saya agak tertarik untuk berkongsi dengan sidang pembaca kupasan oleh Ustaz Badlishah berkenaan taufiq dan hidayah.
Kita selalu mendengar di majlis2, pengerusi dan ahli panel menyebut "bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan taufiq dan hidayah-Nya kita dapat hadir ke majlis ini"..ini lah taufiq dan hidayah yang ingin saya kongsikan sebenarnya..
Menurut kupasan oleh yang berbahagia Ustaz Badlishah, taufiq bererti keizinan dan kemampuan yang Allah berikan kepada hamba-Nya manakala hidayah pula adalah kesedaran yang Allah timbulkan dalam hati hamba-Nya.
Ada manusia yang Allah berikan taufiq kepadanya,dia ada harta, masa, tenaga, kenderaan, namun dia tidak mendapat hidayah, hatinya langsung tak tergerak untuk ke masjid, majlis2 ilmu dan sebagainya.
Manakala ada pula manusia yang diberikan oleh Allah kepadanya hidayah, dia ingin ke masjid, ke kuliah2 agama, ke majlis2 ilmu, namun dia tidak mendapat taufiq daripada Allah, dia tiada kemampuan, mungkin lantaran tidak sihat, tiada kenderaan, tiada masa.
Maka, sidang pembaca, muhasabahlah diri kita, kita tergolong dikalangan yang mana?? Amatlah rugi jika kita mendapat taufiq namun kita tergolong dlm golongan yg pertama sy sebutkan td..dan bagi mereka yg ada keinginan namun tiada kemampuan, bersabarlah, dan terimalah itu sebagai ujian daripada Allah dan teruskan berusaha utk meneruskan keinginan yang baik itu..
dan teramatlah beruntung mereka yang beroleh taufiq dan hidayah daripada Allah.
Sekian saja untuk kali ini, mudah-mudahan ada kebaikan disebalik perkongsian ini.Wassalamu'alaikum..Salam lebaran.
No comments:
Post a Comment