Saturday, July 11, 2009

PUTUS CINTA : oleh kak fatimah syarha

Warga kampus demam 'exam'. Saya pun salah seorang di antara ribuan siswa-siswi yang disapa wabak 'final exam'. Saya suka belajar di 'library'. Hari itu, usai solat Asar di masjid, saya bergegas mahu mengulangkaji di 'library'. 'Library' penuh. Ramai pelajar yang tekun belajar, menyiapkan nota, mengadakan perbincangan dan ada juga yang kelihatan kelam-kabut menyiapkan 'assignment'.

Seperti biasa, setiapkali masuk ke 'library', jika tiada 'study group' yang dirancang, saya akan mencari tempat kegemaran saya belajar iaitu di ruang tempat duduk individu di tingkat dua, paling hampir dengan dinding. Saya suka duduk di tempat yang sama sebabnya saya sudahpun berkenalan dengan tempat itu. Jika saya memilih tempat lain, sudah tentu saya perlu memperuntukkan sedikit masa untuk berkenalan dengan tempat tersebut terlebih dahulu. Melihat suasana sekitarnya, mejanya, kerusinya, hiasannya, buku-buku yang ditinggal di atasnya dan sebagainya. Agak membazir masa.

Alhamdulillah, tempat kegemaran saya masih kosong. Saya segera mendudukinya. Belum sempat meletakkan buku-buku di atas meja, pandangan mata saya sedia tertumpu pada tulisan yang tertulis di atas meja tersebut. Dengan pensil.

Aku baru jerr putus cinta. Sedih gilerr…Adalah minah ni dia rampasnyeerr boyfwenz aku. Tension giler aku waktu 2…Pedih tul rase di hati ini…minah tu lak macam lah x de org lain. Boyfwenz aku gak dia nak. Argghh! Tensionnyerr belajar. Boringnyerr belajar. Argghh! Help me. Slack in this university. Oh…no!

DBP jangan marah saya ye. Saya bukan nak rosakkan bahasa. Saya cuma menyalin bulat-bulat luahan hati seorang siswi. Mungkin satu pendedahan kepada masyarakat tentang bahasa remaja kita. Saya bukan nak bercakap soal bahasa. Saya simpati pada siswi yang mengalami ujian cinta ni. Di bawah tulisan dengan pensil tu, ada respon daripada seorang siswi lain, tulisannya lebih kemas, dengan pen. Isy, menjadi-jadi vandalisme sekarang ni!.
Apapun, respon yang diberi mungkin sedikit-sebanyak dapat mengubat sekeping hati yang lara.
Cinta itu buta…
Redha je la…
Ada hikmahnya…
Mungkin ke dapat org yang lebih baik dari dia nanti...

Saya terfikir, apakah erti cinta yang telah menjajah minda remaja akhir zaman ini? Mana tidaknya, putus cinta membuatkan seorang insan merana. 'Study' jadi mangsa. Semua urusan tergendala. Hidup tak tentu hala. Harapan ibubapa, bangsa dan agama hampir binasa. Oh, bisa penangan cinta! Aduhai…

Saya teringat pula cerita seorang 'junior' yang datang mengadu masalahnya kepada saya. Ketika tu dah larut malam. Matanya merah, berair dan bengkak. Saya dapat menafsirkan dia dah pun berhari-hari berendam air mata. Dia menceritakan peritnya ditinggalkan pak we. Sudah seminggu hidupnya rasa terumbang-ambing. Hanya tangisan menjadi peneman.

Selama ini dia terlalu mendambakan cinta lelaki tu. Hinggakan dia sanggup lakukan apa saja asal dapat memenangi perhatiannya.Walaupun lelaki itu sering memperlekehkannya termasuklah menjadikan beg tangannya sebagai tempat membuang sampah, dia masih lagi mampu bersabar. Lelaki itu memanggilnya dengan panggilan 'bodoh' pun dia sabar saja. Baginya cinta itu memberi. Biarlah dia yang berkorban.

Memang 'pengorbanan'nya tinggi. Dia sanggup meluangkan banyak masa untuk mengajar lelaki itu mana-mana subjek yang sukar agar lelaki itu rasa terhutang-budi. Bukan itu sahaja, dia sanggup menyerahkan tubuhnya untuk dipegang-pegang ringan asalkan lelaki itu suka-hati. Lelaki itu suka mengambil kesempatan dan tak pandai menghargai malah sering pula mencaci dirinya. Akhirnya, lelaki itu jumpa perempuan lain dan dirinya ditinggalkan begitu sahaja. Remuk hatinya.

Remaja hari ini kebanyakannya resah bila belum berpunya. Melihat pasangan lain berdua-duaan ke sana ke mari. Terbit di hatinya keinginan yang sama. Perasaan itu fitrah dan kekal fitrah, suci dan bersih jika disalurkan ke jalan yang halal. Namun, benteng iman yang rapuh menyebabkan ramai pasangan remaja tersasar dalam cinta palsu mereka.

Bagi gadis suci yang belum berpunya, singkirkanlah resah di hatimu. Usah cemburu pada yang palsu dan menipu. Andalah pilihan-pilihan Allah untuk masih mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan, yakinlah.

Jangan risau jika masih belum berpunya kerana mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda untuk terus melangkah menggapai cita-cita dan Dia pasti menguji anda
sedikit masa lagi. Bersiap-sedialah. Anda pasti dijodohkan. Jika tidak di dunia nun di syurga.

Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, tabahlah dan teruskan berusaha. Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulialah dengan usaha yang dicurahkan walaupun pernah mengalami pinangan ditolak. Usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan berusaha! Satu tip memikat yang dikagumi oleh wanita beriman ialah apabila seseorang lelaki pandai memikat ibubapa si gadis sebelum memikat dirinya.

“Apa yang memberi faedah kepada orang beriman selepas takwa kepada Allah,
kebaikan buatnya ialah isteri yang solehah.” (HR Thobrani).

Dengarlah duhai remaja, bisikanku ini tulus untukmu. Dengarlah pesanku, cinta manusia yang kau damba seringkali mengecewakan. Allah s.w.t. memujukmu di dalam al-Quran, wanita yang baik itu untuk lelaki yang baik, begitulah sebaliknya (rujuk al-Nur: 26). Telah tercatat seungkap nama pasangan di loh mahfuz untukmu. Cuma peribadinya ditentukan oleh sejauh mana ketinggian peribadimu. Allah Maha bijak mengatur yang sepadan, kufu'. Jika kau tekun membaiki peribadi ke jalan yang diredhai, si dia akan terpilih di kalangan orang yang membaiki diri juga.

Remaja beriman, putuskan cintamu dengan segala cinta palsu yang dimurkai Ilahi. Ikatkan hatimu pada cinta agung nan hakiki. Lupakan segala kegundahan. Ubatilah resah di hati. Dekatkan diri pada cinta Ilahi , nescaya cinta pasangan soleh dan solehah turut kau miliki. Senyumlah pada sinar yang menantimu di hadapan


sumber:
http://www.friendster.com/group-discussion/index.php?t=msg&th=2872481&start=0&

11 comments:

  1. tadi pon ustazah fatimah menceritakan kisah yang sama~.

    moga kita dijauhkan dari cinta yang cenderung kepada penghambaan..amin..

    ReplyDelete
  2. subhanallah.. semoga bingkisan ini dapat memberi sinar keinsafan kepada remaja yg masih dalam mancari cari cinta yang mampu menjadikan mereka wanita dan lelaki syurgawi...amin ya rabbalalamin

    ReplyDelete
  3. ya allah,moge2 allah plharakn aku dr cnta plsu mnusia,,,

    ReplyDelete
  4. Allah Maha adil untuk kita...

    ReplyDelete
  5. ASSALAMUALAIKUM,
    INTIPATI YG BAGUS,
    SYUKRAN..

    SALAM UKHWAH ^_^

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum kak fatimah..

    ReplyDelete
  7. ini bkn blog kak fatimah..sy cuma kongsikan hasil penulisan beliau yg saya jumpa dari forum di Friendster

    ReplyDelete
  8. Jujurnya saya pernah alami perkara yg sama dan bertekad taknak ulangi lagi. Remuknya hati hanya Allah yg tahu. Rupa-rupanya hidup seorang tanpa teman lelaki lebih aman dan tenang. Maaf kalau terlanjur berbicara tapi kalau punya teman lelaki kemudian hati tdk tenang, apalah maknanya.

    ReplyDelete
  9. TLG TGOK2 KAT BLOG SY KLAU ADE YG SY SLH..MHON BTULKAN..
    BARU MULE BERBLOGGER..SYUKRAN^^

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum,,alhamdulillah..sebuah pengisian yg sungguh menarik. alhamdulillah, setakat ini,saya belum pernah sekali pun terikat dgn istilah 'couple'ing ini. walaupun tidak dinafikan,perasaan terhadap seseorang itu memang ada,tapi saya tak pernah memberitahunya. ALLAH maha mengetahui segalanya.biarlah DIA saja yang menentukan segalanya.. saya juga masih banyak lagi peribadi yg perlu diperbaiki..moga ALLAH memudahkan segalanya...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum...sy pnh alami pkara ygsama tp alhmdulilh sy x tsasar jauh dsbabkn km x pnh bjmpa dan cuma bmsg bila cuti sem...itu pn mengenai pljrn...akhirny km amik kptsn utk putus sbb msg2 pk psl pljrn dan takut x boleh prform dlm exm..wlaupn sedih sy terima dan yakin mgkin ada yg lebih baik dr itu...insyaAllah...alhmdulilh hidupsy lebih tenang dn sy hadiahkn sbuah kjayaan pd parents sy...stiap yg tjadi ada hikmahny...yakinlah,,

    ReplyDelete