Bahrul Mazi Jilid 17,m/s 224 (Kuliah Ust. Shamsuri Ahmad)
Meriwayatkan suatu kisah yang berlaku di zaman Bani Israel di mana pada ketika itu, terdapat seorang ahli ibadah ('abid) yang sangat soleh.Pada suatu hari, ada orang datang memberitahunya bahawa di suatu pelusuk tempat mereka itu ada segolongan manusia yang menyembah pohon kayu.Lantas, 'abid tadi berasa amat marah mendengarkan ada segelintir manusia yang mensyirikkan Allah lalu diambilnya sebilah kapak lalu segera berjalan menuju ke tempat letaknya pohon itu dengan niat untuk menebangnya.
Di tengah perjalanan dia terserempak dengan seorang orang tua yang sebenarnya adalah jelmaan iblis.Lalu berkatalah iblis tadi kepadanya,
"Hai laki-laki, diberi rahmat akan dikau oleh Allah, ke mana kamu hendak pergi?"
Lalu dijawab 'abid tadi, " aku dalam perjalanan untuk pergi menebang satu pohon yang sekarang menjadi sembahan segelintir manusia".
Lantas iblis berkata "Hai laki-laki, apalah kamu ini, kamu sedang beribadah dan sekarang kamu tinggalkan ibadah kamu semata-mata kerana ingin mencampuri urusan orang lain yg langsung tiada kena-mengena dengan kamu?"
'Abid itu pun menjawab "sesungguhnya apa yang ingin aku kerjakan ini juga adalah sebahagian daripada ibadat aku kepada Allah".
Lalu iblis tadi dengan tegasnya berkata " aku tak akan benarkan kau pergi untuk mengerjakan hajat kau itu tadi!"
Lalu terjadilah pergelutan di antara 'abid itu tadi dengan orang tua (iblis) itu tadi.Dengan mudahnya, iblis itu dikalahkan oleh 'abid tadi lalu dijatuhkannya iblis itu ke tanah dan dia pun duduk di atas dada iblis tadi.
Iblis itu lalu merayu agar 'abid tadi bangun dari badannya agar mereka dapat berbincang.'Abid itu bersetuju lalu bangun dari badan iblis.
Kata iblis,"Kamu tidak diperintah oleh Allah untuk tebang pokok itu, kamu bukan nabi dan bukan kamu yang menyembah pohon itu.Lalu kamu tidak akan dipersalahkan dan lebih baik kamu jaga ibadah yang sedang kamu lakukan.Sesungguhnya Allah mempunyai nabi-Nya di atas muka bumi ini, jika Allah inginkan pohon itu ditebang, nescaya Allah akan perintahkan nabi-Nya.
Kata 'abid tadi, " Tidak, aku tetap akan tebang pohon itu".
Lalu dihalang oleh iblis tadi buat kali kedua.Terjadilah pergelutan antara mereka sekali lagi.Dan buat kali kedua, 'abid tadi menewaskan iblis, lalu duduk di atas dadanya.Kata iblis, " Mahukah kamu jika aku cadangkan sesuatu yang lebih bermanfaat untuk kamu? ".
"Apa?", tanya 'abid.
"Lepaskan aku, biar aku bangun", kata iblis.
Lalu dilepaskannya iblis tadi.Kata iblis, " Hai laki-laki, kamu ini orang yg faqir, tidak ada sesuatu pun pada kamu.Sesungguhnya aku ingin mencadangkan sesuatu yang akan membuatkan orang hormat pada kamu.Dan kamu akan dikasihi oleh orang lain.Kamu boleh tolong orang lain.Kamu juga boleh hidup senang tanpa perlu bergantung pada orang lain".
Kata 'abid, "Aku setuju, apa jalannya?".
Jawab iblis. "Kau jangan tebang pohon tadi, aku janji akan berikan 2 dinar di hujung kepalamu setiap pagi dan kau boleh gunakannya untuk dirimu, keluargamu dan orang di sekeliling kamu.Ini pastilah lebih bermanfaat daripada kau tebang pohon itu".
'Abid tadi pun berfikir, lalu hatinya terdetik, "Ada benarnya cakap orang tua (iblis) ini".
Lalu dia pun bersetuju.Katanya lagi "aku bukan nabi, jika aku nabi barulah wajib ke atasku untuk menebangnya, apa yang orang tua ini katakan ada benarnya".
Lalu tercapailah satu persetujuan antara mereka.(orang hari ni panggil MOU-memorandum of understanding antara iblis dan 'abid tadi).Iblis lalu bersumpah akan menunaikan janjinya esok dan 'abid tadi pun pulang ke rumah.
Keesokan harinya, nampaklah wang 2 dinar di hujung kepalanya, dan gembiralah si 'abid.Namun wang 2 dinar itu hanya muncul pada hari pertama dan kedua.Ditunggunya hari ketiga dan keempat, namun sudah tiada lagi wang muncul di hujung kepalanya.Marahlah si 'abid, diambilnya kapak lalu berjalan ia menuju pohon tadi untuk ditebang.Hatinya sudah nekad.
Di tengah jalan, bertemu dia sekali lagi dengan iblis tadi.Kata iblis, " kamu ingin ke mana?".
"aku nak pergi tebang pohon itu", jawab si 'abid.
Kata iblis' "kau takkan mampu kali ini".
Lalu berlakulah pergaduhan antara mereka.Kata iblis, "kamu takkan menang kali ni".Dengan mudah iblis berjaya menjatuhkan si 'abid lalu duduk di atas dadanya.
Kata iblis kepada si 'abid, " sama ada kamu hentikan niat kamu untuk tebang pohon itu atau aku akan sembelih kamu".
Barulah si 'abid tadi sedar yang dirinya sudah lemah.Lalu dia berkata kepada iblis, "Aku mengaku kalah, lepas kan aku.Tetapi, kenapa jadi begini, sedangkan kamu dengan mudah aku tewaskan sebelum ini?".
Kepada yang membaca, dengarkan jawapan daripada iblis :
"Kerana pada mula, kamu marah kerana Allah dan kerana akhirat, lalu aku tewas di tangan kamu.Tapi, kali ini kamu marah kerana dunia ( duit ), lalu Allah izinkan aku menang".
Sebagai ingatan untuk diri saya dan juga sahabat2 yang membaca,hari ni kita tgk ramai org bergaduh kerana harta, pangkat dan kedudukan.Sampai ada yg putus hubungan hanya kerana tak dipilih untuk menjawat jawatan.Kalau kerana 2 dinar pun seorang ahli ibadah tertewas, inikan pula kita yang kurang amalan dan hidup pada zaman sebegini.
Mudah mudahan ada manfaat dgn kisah ini.
Wallahu a'lam.
Assalamu'alaikum...
ReplyDeleteMelihat dunia sekarang, sudah menjadi resam manusia mengejar kerja, harta, rumah besar, pangkat apatah lagi kenamaan. Atas sebab apa? Atas kerana apa? Sudah tentulah kerana kepentingan diri sendiri. Sehingga antara saudara, terjadinya perbalahan yang diselaputi dendam yang tiada maaf sampaikan putus pertalian antara mereka dek kerana nafsu yang dituhankan.
Jika seoarang 'abid dapat dikalahkan dengan 2 dinar, dapat pula ditewaskan dengan godaan wanita cantik, inikan pula kita yang bergelar insan biasa, hanya ibadahnya ala kadar sahaja. Sudah pasti kita mengharapkan kita tak menjadi seperti kisah 'abid tersebut.
Hendaklah menjadi manusia yang belajar, dan terus belajar. Belajar yang baik, bukan yang buruk. Mengejar cara yang benar, bukan dengan cara yang salah. Sebagaimana dinyatakan dalam al-Quran supaya kita berlumba-lumba mengejar kebaikan. Bukan dengan nafsu, tapi dengan iman.
Ayuh, koreksi diri. Kita hanyalah H A M B A.
Wallahu a'lam...
betul x3
ReplyDelete