Thursday, March 19, 2009

nak pancing ikan ke..pancing orang


Jika kamu memancing ikan…
setelah ikan itu terlekat di mata
kail…
hendaklah kamu mengambil terus ikan
itu…
janganlah sesekali kamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu
sahaja…
kerana ia akan sakit oleh kerana
bisanya ketajaman mata kailmu…
dan mungkin ia akan menderita selagi ia
masih hidup…

Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan kepada
seseorang…
setelah ia mula menyayangimu hendaklah
kamu menjaga hatinya…
janganlah sesekali kamu terus
meninggalkannya begitu sahaja…
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu…
dan mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia mengingatimu…

Jika kamu menadah air biarlah
berpada…
jangan terlalu mengharap pada
takungannya…
dan janganlah menganggap ia begitu
teguh…
cukuplah sekadar keperluanmu…
Apabila sekali ia retak…
tentu sukar untuk kamu menampalnya
semula…
akhirnya ia dibuang…
sedangkan jika kamu cuba
membaikinya…
mungkin ia masih boleh digunakan
lagi…

Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang terimalah seadanya…
Janganlah kamu terlalu mengaguminya…
dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa…
anggaplah dia manusia biasa…
Apabila sekali dia melakukan
kesilapan…
bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya…
akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya…
Sedangkan jika kamu memaafkannya…
boleh jadi hubungan kamu akan
berterusan hingga ke akhirnya…

Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi…
yang kamu pasti baik untuk dirimu…
Mengenyangkan. Berkhasiat…
Mengapa kamu berlengah dan cuba mencari
makanan yang lain…
Terlalu ingin mengejar kelazatan…
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya…
Kamu akan menyesal…

Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan…
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada
dirimu…
Menyayangimu. Mengasihimu…
Mengapa kamu berlengah dan cuba
membandingkannya dengan yang lain…
Terlalu mengejar kesempurnaan…
Kelak, kamu akan kehilangannya apabila
dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan menyesal…


sumber:buletin fs

No comments:

Post a Comment