Monday, January 5, 2009

Mencintai Seorang Insan

Tatkala kesepian mengunjungi mindaku
Lantas diriku teringatkan dirimu
Maafkanku kerana tak terdaya melawan
Kerana engkau solehah idaman

Aku tahu sempadan agama mulia
Dan dengan ikhlas aku redha dengannya
Ku tahu cinta agung hanya buat-Nya
Namun fitrah insaniku tetap membara

Kau insan solehah yang berakhlak mulia
Ku terpikat pada keluhuran budimu
Selagi udara yang ku hembus mengalir di bumi nyata
Ku harapkan teman sepertimu
Agar fitrah insaniku terjaga dalam redha-Nya

Kini kita di haluan berbeza yang masih panjang
Ku harapkan haluan ini akan bertemu dan menemukan kita
Kecapilah apa jua cita- citamu dengan izin-Nya
Dan impian yang ku impikan bersamamu
Akan ku hanyutkan dalam sungai takdir-Nya
Hanya dengan itu jawapan hakiki akan terpancar
Moga- moga kaulah suri hidupku


ASFAZ
03/02/2006
2.00 A.M

2 comments: