Wednesday, February 24, 2010

THE BIG ONE



assalamualaikum..sekadar ingin berkongsi tentang sedikit maklumat yg saya dapat daripada satu rancangan discovery yg saya sempat tonton di tv baru2 ni.saya kurang pasti dengan tajuknya, tapi rancangan tu banyak memfokus kepada "the big one".big one yang dimaksudkan di sini adalah gempa bumi terkuat yang dijangka bakal berlaku di amerika.

amerika sebelum ini pernah digegarkan dengan satu gempa yg cukup kuat.namun hasil kajian para saintis hari ini mendapati gempa yang pernah melanda itu bukanlah the big one yang dijangkakan, tetapi ia sebenarnya masih menunggu masa.kajian mendapati betul-betul di bawah bandaraya LA, terdapat satu kawawan plat yg hanya menunggu masa untuk menghasilkan gempa.dengan kedudukan LA yang dikelilingi oleh gunung-ganang, gempa yang bakal terhasil adalah jauh lebih dahsyat daripada yang pernah berlaku dan gempa yang diramal ini berkemungkinan besar adalah the big one yang sebenar.ini kerana gegaran yang bakal dihasilkan akan mempunyai frekuensi yang jauh lebih tinggi kerana terdapat halangan oleh gunung-ganang di sekeliling.


berdasarkan hasil kajian para penyelidik, the big one mempunyai tempoh skalanya tersendiri untuk ia berlaku, iaitu setiap 3000 tahun sekali.berdasarkan jarak masa yang begitu panjang, ia adalah satu berita baik.namun berita buruknya ialah, saintis tidak dapat menjangkakan di manakah letakknya bandaraya LA dalam skala masa 3000 itu.sekiranya LA berada di awal skala, maka masa utk the big one berlaku masih pangjang, namun sekiranya LA sudah berada di akhir skala masa itu, maka satu kemusnahan dahsyat bakal berlaku dalam jangka masa dekat. namun, apa yang menarik minat saya bukan hanya kepada kajian2 tentang the big one, sebaliknya kajian2 ini turut membawa kepada satu teknologi baru dalam usaha mengukuhkan bangunan2 pencakar langit oleh jurutera2 di seluruh dunia.antara maklumat menarik yg dipaparkan ialah "2 1/2 % rule" (peraturan 2 1/2 peratus).peraturan ini diaplikasikan utk melihat keteguhan sesebuah bangunan yang dibina.misalnya, bagi sebuah bangunan yang dibina dengan ketinggian 300 kaki, bangunan ini haruslah mampu untuk bergerak sebanyak 2 1/2 % drpd 300 kaki bermula dari garis pusat bangunan itu.daripada simulasi yg ditunjukkan, bangunan yang gagal menepati peraturannya ini, pastinya akan roboh apabila dilanda gempa.

namun, menurut pengkaji, seandainya the big one yang melanda LA benar2 berlaku, pastinya kebanyakan bangunan akan roboh.namun, seorang jurutera tampil menyatakan, walaupun the big one melanda, ada satu bangunan di LA yang tak akan runtuh iaitu City Hall LA.beliau menunjukkan bukti dengan melakukan satu simulasi menggunakan super komputer, dan hasilnya city hall mampu bertahan dan ia disebabkan oleh satu rahsia.


rahsia yang dimaksudkan ialah satu teknik yang digunakan ke atas city hall ketika bangunan bersejarah yg dibina pd 1926 (klu tak silap) itu dibaik pulih.teknik yang dimaksudkan ialah "base isolation" (pengasingan tapak).teknik ini sebenarnya telah menjadikan city hall terapung kerana teknik yg digunapakai adalah dengan mengorek dasar city hall dan dipasang dengan penebat getah yang mampu menyerap berpuluh ribu tan daya ketika gempa.teknik ini menyebabkan bangunan city hall disambung ke tanah dga penebat getah, bukannya secara terus (direct).jadi, apabila gempa berlaku, city hall akan bergoyang ke kiri dan ke kanan lalu menyebabkan daya gempa diserap lalu berkurang dan hilang.

walaupun teknik ini mungkin menjanjikan peluang yang tinggi utk bangunan2 di LA selamat, namun kos yang digunakan utk teknik ini adalah terlalu mahal.dan city hall dikatakan berbaloi utk mendapat layanan istimewa kerana ia terlalu bernilai dan tak mungkin dapat diganti.


namun, pada saya sebagai orang Islam, kita juga tak seharusnya ketinggalan dari segi teknologi dan kemajuan dalam membina bangunan yang lebih selamat.namun, apa yang lebih penting, yang ingin saya sampai dan kongsikan, semua bencana alam yang berlaku, tidak kiralah sejauh mana pun teknologi yang kita ada, KITA SEMUA AKHIRNYA HARUS TUNDUK KEPADA KEKUASAAN ALLAH S.W.T TUHAN SEKALIAN ALAM.


~~apa yg dinyatakan di sini, sekiranya ada sebarang kesilapan fakta, harap boleh rujuk di tempat lain atau pd yg lebih arif.ini hanyalah apa yg saya faham dari apa yg saya tengok dan saya dengar ~~

No comments:

Post a Comment