Saturday, February 20, 2010

BORAK2 PASAL GAME KEDAH VS KELANTAN


assalamualaikum..hmm, malam ni kedah akan menentang kelantan di kota bharu dlm perlawanan timbal balik kedua piala fa.tak tau la apa keputusan malam ni, tp yang pasti sebagai salah seorang peminat setia kedah, saya mengharapkan kemenangan akan berpihak kedah.

saya berkesempatan menyaksikan perlawanan pertama di darul aman selasa yg lalu.saya menjangkakan ramai yg akan hadir,namun setibanya di stadium, keadaan jauh melangkaui jangkaan saya.tak tau macam mana nk gambarkan, tp mungkin tidak keterlaluan kalau saya katakan keadaan malam tu hampir menyamai ketika zaman marlon dulu.ha, bayangkan sendiri jumlah peminat yg datang.


tentang permainan malam tu,pada saya perlawanan memang seimbang, kedah mencipta peluang bahaya, dan kelantan juga begitu.kelantan seperti biasa, menurunkan pemain2 yg pada saya blh dikatakan kesebelasan utama.namun kedah yg sebelum ini cemerlang dgn menundukkan sabah dan t-team turun dgn menggunakan pemain2 yg hampir sama namun pada saya agak mengejutkan apabila azmi muslim diletakkan selaku pemain pertahanan.setelah menyaksikan prestasi azmi dlm 2 perlawanan terakhir kedah sblm menentang kelantan, saya membayangkan serangan kedah akan mampu merobek gawang kelantan dgn kehadiran azmi.pada saya dia memiliki kawalan bola yg agak baik, kelajuan, hantaran bola dan tendancy/kecenderungan utk membawa bola masuk ke kawasan lawan.

tempat azmi mlm tu (sayap kiri) diganti oleh fadzli baharom.saya jg tertarik dgn fadzli baharom kerana dia beraksi cemerlang ketika kedah berasa di puncak prestasi.dan sekiranya saudara ahmad yusof ingin meletakkan fadzli di sayap, itu masih relevan.namun meletakkan azmi di pertahanan adalah satu pembaziran utk serangan kedah.kalaupon tiada pemain pertahanan yg dpt diturunkan, pd saya menggunakan azmi muslim sbg pengganti bukanlah jalan terbaik.

utk bahagian tengah pula, dgn kehadiran fadzli baharom,kini menjadikan 3 pemain yg mampu bergerak si sayap, badrol bakhtiar, azmi muslim dan fadzli..pada saya, ahmad yusof boleh menggunakan azmi dan badrol utk sayap, manakala fadzli boleh digunakan sebagai attacking midfielder menggantikan shahrul nizam.shahrul nizam memang bagus ketika merebut bola, namun kecenderungan utk melakukan hantaran ke kawasan lawan agak kurang, tambahan pula dlm perlawanan bertemu pasukan seperti kelantan.

jadi, utk malam ni saya mengharapkan agar coach dpt menggunakan taktikal yg lebih baik, kerana kedah hanya memerlukan sekurang-kurangnya seri dgn jaringan.

SELAMAT MAJU JAYA UTK PASUKAN KEDAH DARUL AMAN

No comments:

Post a Comment