Friday, June 25, 2010

Anda Nak 8 ?, Buat 8.Nak 20 ?, Buat 20.Nak 36 ? Buat la...


Dalam satu kuliah Ust. Shamsuri Ahmad, ketika beliau membacakan Kitab Bahrul Mazi, Jilid-3, m/s 29 , beliau ada menceritakan satu kisah tentang Imam Malik.

Untuk pengetahuan semua, Nabi Muhammad SAW melakukan sembahyang tarawih 8 rakaat, bermulanya zaman Sayyidina Umar al- Khattab, sembahyang tarawih dibuat 20 rakaat.

Pada zaman Imam Malik, (Imam Malik tinggal di Madinah) beliau ditanya oleh orang ramai,
"Wahai imam, kita nak sembahyang tarawih berapa rakaat? Nabi SAW lakukannya dengan 8 rakaat, dan Sayyidina Umar lakukannya dengan 20 rakaat".

Anda tahu apa jawapan Imam Malik ?



Thursday, June 24, 2010

Suatu Kisah Cara Iblis Tawan Manusia


Bahrul Mazi Jilid 17,m/s 224 (Kuliah Ust. Shamsuri Ahmad)

Meriwayatkan suatu kisah yang berlaku di zaman Bani Israel di mana pada ketika itu, terdapat seorang ahli ibadah ('abid) yang sangat soleh.Pada suatu hari, ada orang datang memberitahunya bahawa di suatu pelusuk tempat mereka itu ada segolongan manusia yang menyembah pohon kayu.Lantas, 'abid tadi berasa amat marah mendengarkan ada segelintir manusia yang mensyirikkan Allah lalu diambilnya sebilah kapak lalu segera berjalan menuju ke tempat letaknya pohon itu dengan niat untuk menebangnya.

Di tengah perjalanan dia terserempak dengan seorang orang tua yang sebenarnya adalah jelmaan iblis.Lalu berkatalah iblis tadi kepadanya,
"Hai laki-laki, diberi rahmat akan dikau oleh Allah, ke mana kamu hendak pergi?"
Lalu dijawab 'abid tadi, " aku dalam perjalanan untuk pergi menebang satu pohon yang sekarang menjadi sembahan segelintir manusia".
Lantas iblis berkata "Hai laki-laki, apalah kamu ini, kamu sedang beribadah dan sekarang kamu tinggalkan ibadah kamu semata-mata kerana ingin mencampuri urusan orang lain yg langsung tiada kena-mengena dengan kamu?"
'Abid itu pun menjawab "sesungguhnya apa yang ingin aku kerjakan ini juga adalah sebahagian daripada ibadat aku kepada Allah".
Lalu iblis tadi dengan tegasnya berkata " aku tak akan benarkan kau pergi untuk mengerjakan hajat kau itu tadi!"


Sunday, June 6, 2010

2 Perkara Yang Jika Ada......


Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin 'Amru katanya, aku
mendengar Rasulullah SAW bersabda

" Ada 2 perkara yang apabila 2 perkara ini ada pada seseorang manusia itu, maka manusia itu dikira sebagai seorang yang bersukur dan sabar di sisi Allah SWT, dan barang siapa yang tiada padanya ( 2 perkara), maka dia tidak dikira oleh Allah sebagai seorang yang bersyukur dan sabar :

(1) Barang siapa dalam urusan agamanya dia melihat kepada orang yang lebih atas daripadanya, lalu dia mengambil orang itu dijadikan pedoman baginya, maka dia dikira sebagai seorang yang bersyukur dan sabar di sisi Allah SWT.


(2) Dan dalam urusan dunianya dia melihat orang yang di bawah daripadanya, lalu dia bersyukur kepada Allah di atas kelebihan yang Allah berikan kepadanya, maka dia dikira sebagai seorang yang bersyukur dan sabar di sisi Allah SWT."


(Hadis Riwayat Imam At-Tirmizi)