assalamualaikum..sekadar ingin berkongsi tentang sedikit maklumat yg saya dapat daripada satu rancangan discovery yg saya sempat tonton di tv baru2 ni.saya kurang pasti dengan tajuknya, tapi rancangan tu banyak memfokus kepada "the big one".big one yang dimaksudkan di sini adalah gempa bumi terkuat yang dijangka bakal berlaku di amerika.
amerika sebelum ini pernah digegarkan dengan satu gempa yg cukup kuat.namun hasil kajian para saintis hari ini mendapati gempa yang pernah melanda itu bukanlah the big one yang dijangkakan, tetapi ia sebenarnya masih menunggu masa.kajian mendapati betul-betul di bawah bandaraya LA, terdapat satu kawawan plat yg hanya menunggu masa untuk menghasilkan gempa.dengan kedudukan LA yang dikelilingi oleh gunung-ganang, gempa yang bakal terhasil adalah jauh lebih dahsyat daripada yang pernah berlaku dan gempa yang diramal ini berkemungkinan besar adalah the big one yang sebenar.ini kerana gegaran yang bakal dihasilkan akan mempunyai frekuensi yang jauh lebih tinggi kerana terdapat halangan oleh gunung-ganang di sekeliling.